Ads 468x60px

Saturday, March 26, 2011

Maaflah, suatu hari nanti saya pasti jua ...

Nur bersiar-siar di taman seperti biasa .Selaku warga baru taman perumahan tersebut, biarlah dia mengambil masa untuk berkenalan dengan masyarakat.  Keindahan Alam semulajadi dinikmatinya. Tudung labuh pemberian ibunya menutupi tubuhnya . Sedang asyik berjalan-jalan , seorang wanita berambut panjang awal 20-an terlanggar bahu Nur hingga menyebabkan keduanya terjatuh . Pertembungan tersebut menyebabkan wanita itu rasa bersalah terhadap Nur dan cuba meminta maaf . Namun , belum sempat wanita itu memohon maaf , Nur terlebih dahulu bersuara , "Maafkan ana , ana tidak sedar kehadiran anti " ujar Nur dengan nada yang sopan .


Wanita tersebut rasa serba salah dan membalas , "Errr ,, Maaflah . Salah saya . Terlampau khusyuk membaca magazine ni . Rasanya , saya yang terlanggar .... "

"Ana Nur Syakirah ,panggil saja Nur . Anti ?"

"OOO , Ana Nur Syakirah .. Panjang nama tu , tapi manis lah nama tu , semanis orangnya .. Kenapa dengan aunty Nur ?? " respond wanita tersebut tanpa memahami kenapa Nur mengatakan tentang aunty nya . 

"Maaf la , Ana itu bukan nama, tetapi perkataan Arab yang bermaksud Saya . Anti pula bermaksud Kamu . Boleh ana tahu , siapa nama anti ? tinggal di mana ? " Begitulah serba sedikit penjelasan Nur kepada insan yang baru dikenalinya.

"Laaa , ye ker .. Malunya saya .. Nama saya Sally , tinggal kat sekitar sini sahaja. " jawab Sally dalam keadaa malu-malu akibat kekurangan ilmunya dalam berbahasa Arab . 

Pertemuan tadi akhirnya bertukar kepada persahabatan antara dua insan tersebut. Perbezaan dari segi perwatakan dan aspek-aspek lain tidak menggugat persahabatan tersebut. Kemesraan mereka seolah-olah memaparkan hubungan mereka sudah terjalin lama . Siapa sedar , rupanya Sally merupakan jiran Nur yang selama ini sibuk keluar waktu malam , tidur waktu siang . Mereka tidak pernah bersapa sebelum ini . Masalah syarikat Sally menyebab Sally tidak bekerja . Disebab itulah , pertemuan tersebut bermula .

Sedang asyik berborak di bangku taman tersebut, Sally mengemukakan persoalannya, "Nur , awak tak malu ker berkawan dengan saya ? Kita ini antara 2 darjat . Tengok sahaja sudah tahu ... Tiada persamaan langsung antara kita "

"Sally, siapa kata kita tiada persamaan ? Anti sahaja yang tidak sedar akan persamaan kita" Nur memulakan hujahnya.

"Hahaha , awak nak kata kita ni sama perempuan ? Macam tu ?" Sally hanya sekadar mengagak .

"Alhamdulillah anti sedar. Selain itu , kita berasal dari tanah yang sama . Kita pun sama-sama mempunyai Allah Maha Esa selaku Ya-Rabb . Tidak lupa juga, kita bernaung di alam yang sama ,dan sama-akan mengikuti perjalanan kehidupan yang sama . Lahir selaku Umat Islam , di bawah agama yang dibawa oleh Kekasih Allah, Nabi Muhammad. malahan , mempunyai tanggungjawab yang sama" Nur berbicara sampir melemparkan senyuman yang ikhlas kepada saudaranya itu .

"Tanggungjawab yang sama? Saya dah takde tanggungjawab. Baru je berhenti kerja dua hari lepas . So sekarang , saya rilex je kat rumah tu " Sally masih kurang mengerti dengan maksud Nur .

"Tanggungjawab selaku Hamba Allah dan Umat Nabi Muhammad. Antara , mengaku setiap umat umat itu selaku saudara tanpa mengira darjat. Seterusnya , apa yang penting , adalah menjaga khazanah yang paling berharga dari mereka"

"Khazanah ? Wow , ada ke ? Senanglah kalau macam tu . Boleh bayar hutang kad kredit lagi. Kat mana khazanah tu ? Cepatlah beritahu saya " Sally mula menunjukkan minat , maklumlah sifat keduniaannya tidak lekang dari pemikirannya .

"Sabarlah . Anti masih tidak nampak lagi khazanah itu ?" Nur sengaja mengajukan persoalan kepada Sally.

"Ala Nur, cepatlah ... " Sally masih tidak sabar untuk menanti jawapan Nur.

"Kitalah khazanah yang Nabi Muhammad selamatkan dahulu . Nabi Muhammad telah menyelamatkan kaum wanita dari kekejaman Kaum lelaki itu sendiri . Dahulu martabat kaum wanita begitu rendah . Sedikit pun tidak diberi peluang dalam kehidupan , malah bayi perempuan yang baru lahir akan terus dibunuh"

Sally terdiam seketika . Benarkah Sally adalah antara khazanah itu ?

"Sally ..." Nur menyentuh riba Sally hingga mengakibatkan Sally tersentak .

"Antara kelebihan dan keistimewaan wanita , adalah terkandung dalam Al-Quran sendiri . Lihatlah, terdapat satu surah An-Nisa' yang bererti Surah Wanita , terdapat 176 ayat di dalamnya . Lihatlah Allah telah meletakkan keistimewaan terhadap kaum wanita itu sendiri . Mengenai tanggungjawab yang ana khabarkan sebentar tadi , ianya terkandung dalam Al-Quran itu sendiri."

Nur terdiam seketika . Matanya mula merah. Tidak semena-mena nafasnya menjadi kencang . Sally menjadi gelabah . 

"Sally , tolong Ana ." kata Nur dengan nada tersekat-sekat.

"Tolong apa Nur. Cakap laa.. Saya  cuba " Sally cuba menolong apa yang terdaya . Sahabat yang baru dikenalinya begitu hampir buatnya . Kisah mengenai khazanah  benar-benar menyentuh hatinya . 

"Tolong bawa ana balik rumah . Ana ingin berehat" pinta Nur sambil menghulurkan kunci rumahnya . 

Tanpa melengahkan masa lagi , Sally terus mengambil kunci rumah Nur dan terus memapahnya untuk dibawa pulang . Pelik , tubuh Nur dirasakan ringan dan tidak memberi beban kepadanya. Tangan yang memegang kunci rumah tersebut dirasakan sejuk. Bukan perasaan seperti biasa, tapi suatu perasaan yang tenang . Namun persoalannya ditepis kerana hatinya benar-benar ingin menolong sahabatnya . Buat masa ini , biarlah mereka selamat sampai di rumah Nur. Memikul Nur sejauh 50 meter itu tidak dirasakan suatu beban. Tersangat ringan tubuh Nur. Sally tidak mengambil masa yang lama untuk memapah Nur hingga sampai di rumah Nur.

Sebaik sahaja tiba di rumah Nur, Sally membaring tubuh Nur di sofa. Kipas dibuka kuat agar memudahkan Nur untuk terus bernafas. Sebaik sahaja Membaringkan Nur, Sally meletakkan kunci rumah Nur di atas meja. Alangkah terkejutnya Sally kerana mendapati rantai kunci tersebut bertulisan khat. Dia rasa serba salah, kerana memegang kalimah tersebut dalam keadaan yang tidak sopan. Perasaan serba salah Sally dapat dikesan oleh Nur.

"Sally, sesiapa sahaja layak untuk memegang dan menyentuh kalimah Allah. Seeloknya kita berpakaian sopan bagi menghormati kalimah tersebut. Jika tidak disengajakan, tidak mengapa kerana Allah itu Maha Pengampun.

"Manusia biasa tidak lari dari melakukan kesalahan . Jika kita melakukan kesalahan , maka kembalilah. Masih belum terlambat untuk bertaubat . " Dengan sesak, Nur memberi penjelasan buat saudara barunya.

"Kita selaku khazanah dunia, bakal melahirkan seribu khazanah dan panglima perang di muka bumi ini. Hidup mati agama ini, bermula dari semangat wanita . Sebab itu, wanita sebagai pendorong kepada lelaki yang bergelar suami agar dapat meneruskan perjuangan memimpin keluarga."

Mata Sally bergenang dengan titisan murni. Suaranya seolah-olah terkunci. Ya Allah, tabahnya jiwa Nur dalam menerpa pancaroba kehidupan. Sally bermonolog.

"Khazanah harus dilindungi. Malah tubuhnya harus ditutupi dari pandangan mata-mata ajnabi. Itulah nilai harga sesuatu khazanah ." Suara Nur masih tersekat-sekat. Namun digagahkan jua untuk menerangkan pengertian khazanah kepada Sally.

"Tapi , saya masih belum bersedia" Sally terus memberi alasan.

"Sedia atau tidak, itu bukan dalihnya. Sebab, kita pasti akan ditutupi jua." Nur terus bertegas dalam kelembutan suaranya.

"Maksud Nur ...." 

"Kalau kita tidak menutupi tubuh kita serapinya, suatu hari nanti ada yang akan menutup tubuh kita dengan kain putih. Sedia atau tidak, akhirnya kita akan ditutup jua bagi melambangkan nilai dan maruah khazanah Islam." Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nur gagahkan jua tangannya untuk mencapai senaskah buku lalu dihulurkan kepada Sally.

"Apa ni Nur, buat susah-susah je.. Rehatlah .." Tangan Sally berketar-ketar menyambut buku berjudul 'U Turn Ke Jalan Yang Lurus' . 

"Anti ambil buku ini. Buatlah panduan selain dari Al-Quran dan Sunnah. Ana berharap sangat Anti dapat menjaga imej khazanah Islam ini. Ingatlah , kita akan ditutupi jua ." 

Sally terkesima.
Kini dia sedar, walau macam mana dia berdalih untuk lari dari menutup aurat, suatu hari nanti dia pasti akan ditutupi jua.

"Nur ..." 

"Ana di sini Sally" Nur tersenyum melihat perubahan saudaranya itu. 

"Jangan panggil Sally, nama saya Salimah An-Raudah . Panggil saya Raudah, " satu persatu rahsia disingkap.

Nur memegang erat tangan Raudah . Titisan air mata putih berguguran. Tiada saat yang bermakna buatnya melainkan menyelamatkan saudaranya. Tidak disangka, pertemuan yang singkat membawa erti yang sangat berharga buat hidupnya.

Nafas Nur semakin kencang. Dirasakan saat yang berharga darinya tidak lama dikecapi. Dia bersedia untuk segalanya. Mungkin dengan amalan yang ada walaupun diketahui sedikit, tapi dia redha semuanya.

"Raudah , ana minta anti menjadi khazanah yang berharga. Itu sahaja permintaan ana buat anti ." Nur teruskan dakwahnya, walaupun di saat akhirnya.

"Nur ..." Matanya masih belum kering dari air mata.

Dengan nafas yang kencang buat seketika , mata Nur tertutup rapat. Raudah memanggil nama Nur buat beberapa kali. Namun tiada jawapan dari saudaranya. Tidak disangka, sahabatnya yang bakal mengubah kehidupannya akan meninggalkannya buat selamanya. Kini, air matanya terus bercucuran. Raungannya meratapi keadaan Nur mengejutkan penduduk sekeliling taman itu. 

"Nur , bersabarlah. Tak lama lagi saya pasti jua .." janji Raudah .


*********************************************************************************************

"Assalamualaikum "

Kini seorang gadis baru bertudung labuh berdiri di hadapan pintu. Di harap sempena hari kemenangan umat Islam berpuasa genap sebulan menjadi saat kemenangannya jua. Penantian di pintu gerbang kampung milik sahabat yang dikenalik tidak lama sebelum ini akhirnya menemui jawapan. Seorang mak cik lewat 40-an berjalan dengan segarnya untuk menyambut ketibaan tetamu.

"Waalaikumussalam , jemput masuk Nur" sapa mak cik itu menyambut tetamunya.

""Mak cik, saya ni Raudah laa.. Bukannya Nur" Raudah masih terus tersenyum walaupun dia mengetahui ibu sahabatnya tersalah menyebut namanya. 

"Maaflah, muka Raudah persis rupa Nur. Sampai mak cik tak boleh beza kamu berdua. Takpe lah, masuklah dulu. Kamu pun anak mak cik juga. Nur dah anggap kamu macam adik beradiknya." Wajah riang dari Mak Balqis terserlah. Maklumlah, dulu anaknya hanya dua, kini menjadi tiga.

Raudah banyak merujuk pada Mak Balqis tentang hukum hakam agama. Banyak ilmu ditimba dan kini perwatakannya mirip Nur. Jika dilihat, ada yang mengatakan mereka ini kembar siam. Perubahan mendadak dalam hidupnya kini terasa manisnya dalam hati. 

"Abang Wan bila baliknya Mak" , persoalan yang dikerap ditanya di awal pagi Syawal. Panggilan Mak sengaja diutarakan kerana Raudah tidak berpeluang menyebut panggilan itu lagi. Maklumlah, ibu kandungnya meninggal sewaktu usianya 3 tahun. Sikap bapanya yang tidak mengambil berat terhadapnya menyebabkan dia bebas memilih kehidupannya.

"Katanya dalam perjalanan, sebentar lagi balik lah dia. Katanya nak bawa orang nak jumpa Mak. Entah siapa orangnya.. Tak pe lah , mari kita masuk dulu . Insya Allah mereka sampai sebentar lagi." balas Mak Balqis bersahaja.

Perbualan antara Raudah dan Mak Balqis semakin rancak. Banyak kisah tentang Nur dan Wan diceritakan.Kisah Nur yang kerap bermain dengan pisau sewaktu kecil, jelas menunjukkan minatnya terhadap dunia masakan. Gelagat Nur yang dikisahkan tertusuk pisau hingga pengsan menjadi penyeri suasana. Entah sejak bila, Wan yang sepenuhnya menumpukan perhatian terhadap komputernya tiba-tiba menerpa ke arah Nur dan membalut luka Nur. Apa kaedah yang digunakan , Mak Balqis pun tidak mengetahui. Sedang mereka asyik berborak, akhirnya takbir berkumandang di surau kampung. Raudah dan Mak Balqis bergegas menuju surau. Sebaik sahaja Mak Balqis mengunci pintu rumahnya, sebuah kereta Viva berwarna hijau tiba di hadapan rumahnya. Abang Wan muncul dari perut kereta tersebut. 

"Assalamualaikum Mak . Sihat ?" Sapa si Abang sebaik sahaja menemui ibunya. Pintu penumpang turut berkuak , menampilkan seorang gadis ayu yang menceriakan lagi suasana. 

"Assalamualaikum Mak, sihat ?" sapa gadis berkurung hijau itu.

"Waalaikumussalam . Syukur Alhamdulillah, anak-anak Mak semua dah balik . Mak sihat aje, Kamu tu macam mana Nur ? Wan cakap kamu keluar hospital 2 bulan lagi. Ini awalnya balik, " jawabnya si ibu dengan wajah yang gembira sambil menerpa ke arah anak-anaknya.

Raudah pun gembira mengenai kepulangan sahabatnya itu. Sahabat dan juga saudaranya yang mengubah kehidupannya. Rasa kaget sewaktu saat Nur tidak menyedarkan diri akhirnya berakhir dengan rasa lega. Mujur sewaktu itu, Allah mengirimkan Abang Wan yang baru balik dari hospital. Abang Wan yang sudah mengerti penyakit Nur terus membuat rawatan kecemasan. Alhamdulillah, nyawa Nur dapat diselamatkan. 

"Nur ni kuat semangatnya. Penyakitnya dah semakin pulih, walaupun belum sepenuhnya. Tapi biasalah, dari dulu lagi si Nur ni degil orangnya. Berkeras nak balik kampung juga untuk raya ni. Nak sambut dengan adik baru katanya," pandangan dan gurauan Abang Wan membuatkan Raudah tersipu-sipu malu. 

"Nak buat macam mana, Nur yakin Raudah pasti berubah. Bukankah dia sudah janji dengan Nur sebelum ini. Jadi , sempena Syawal yang merupakan saat kemenangan kita semua, Nur tak mahu terlepas peluang untuk meraikannya bersama-sma semua, " hujah Nur bagi memberi jawapan kepada semua. 

"Itulah , tak kisah la macam mana pun , jom kita sambut kemenangan kita kat surau tu dulu. Raudah, jom naik kereta Wan , cepat sikit langkahnya kita ke surau. " pelawa Mak Balgis melihat anak angkatnya yang masih rasa kaku dengan suasana baru itu. 

Dengan penuh rasa bersyukur , Raudah mendapatkan Nur dan mereka menaiki kereta Abang Wan bagi memuliakan 1 Syawal yang penuh dengan erti kemenangan. Raudha bersyukur, kehidupannya dapat diselamatkan oleh insan yang berhati mulia seperti Nur . 

1 comment:

pyro said...

Seriously saying, the storyline is interesting but you should make it a bit longer which means the flow of the story is recognizable and also the idea is there and you're good in story telling it.. Its just doesn't flow quite well means that the story pace is too quick.. Overall i'm satisfied.. Its a good story and i like it.. Alhamdulillah the message is clearly send but the feeling tu xsampai lagi.. U haven't captured the emotions of the reader.. But good job! :)

Selamat Melayari Laman Horsion. Sila klik pada tajuk artikel bagi membaca lanjutan artikel. Mohon kerjasama para pembaca agar meninggalkan komen atau pandangan bagi tujuan peningkatan mutu artikel akan datang. Terima Kasih
.:: THIS BLOG IS UNDER MAINTAINANCE ::.