Ads 468x60px

Wednesday, January 13, 2010

Pengetahuan Vs Pemahaman Vs Kemahiran

Perjalanan hidup kita tidak akan terlepas dari sebarang cabaran yang telah ditentukan olehNya. Sejak kelahiran kita, kita telah dikurniakan pelbagai nikmat yang tidak terhingga. Ini adalah bekalan bantuan yang diberikanNya kepada kita. Lihatlah betapa Penyayangnya Maha Esa terhadap kita sehingga tidak diminta untuk dibalas. Malas andainya nikmatNya digunakan sebaiknya, maka ditambah berkali ganda. Kesemua nikmat ini terbahagi kepada banyak cabang. Di sini, saya ingin mengecilkan skop nikmat ini dikhususkan kepada semua pelajar, graduan, mahasiswa dan sebagainya yang menyimpan cita-cita tinggi untuk membantu meningkatkan pelbagai industri negara.


Kerajaan telah menyediakan satu sistem pendidikan yang mantap buat rakyatnya. Kini terpulang kepada kita untuk menggunakan sistem sedemikian untuk masa hadapan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan mengandungi beberapa elemen yang penting. Di sini, saya ingin mengecilkan skop kepada tiga (3) sahaja iatu Pengetahuan, Pemahaman, dan Kemahiran. Tiga elemen ini saya ingin memberi sedikit penekanan kerana ramai yang tidak memahami kepentingan dan perbezaan ketiga-tiga ini. Sebaiknya, kita seharusnya memberi penekanan yang berat dalam ketiga-tiga aspek ini.

Kita boleh mendapat Pengetahuan dengan cara yang mudah. Hal ini berlaku disebabkan ilmu dan informasi berada di mana-mana. Pengetahuan sungguh mudah untuk diterima. Kita akan mengetahui sesuatu jika kita mempunyai medium yang betul. Antara contoh medium adalah seperti menghadiri kuliah, membaca, membuat kajian dan pemerhatian dan sebagainya.  Bertanya juga merupakan antara medium yang paling mudah digunakan. Meskipun begitu, kita harus berwaspada terhadap pengetahuan yang "bebas" kerana kita akan berkemungkinan mendapat pengetahuan yang salah. Selaku insan yang sering dahaga pengetahuan, dinasihat agar kita memperoleh pengetahuan dengan rujukan sumber yang betul.

Rata-rata pelajar kini menghadiri kelas semata-mata mendapatkan pengetahuan sahaja. Melalui pengetahuan, kita seharusnya memastikan bahawasanya kita dapat menguasai pengetahuan itu. Menguasai pengetahuan itu dikenali sebagai Pemahaman. Melalui pemahaman, kita dapat menggunakan pengetahuan secara optimum. Pemahaman diperolehi melalui usaha dalam mendalami pengetahuan. Pengetahuan tanpa pemahaman tidak dapat bertahan lama. Kehidupan seharian kita sering dipenuhi dengan pengetahuan. Sebagai contoh kita melihat sebuah kereta berwarna merah. Kita mengetahui bahawa kereta itu berwarna merah pada waktu itu. Bayangkan kita berjumpa kembali kereta yang sama jenis tetapi berlainan warna. Dalam masa yang sama, kita tidak dapat mengetahui mengapa kereta yang pertama tadi berwarna merah. Sekiranya kita memahami empunya kereta, maka kita akan mendapat sebabnya, maka kita akan lebih mengingati kereta merah tadi. Contoh sedemikian mungkin tidak mencukupi. Terdapat banyak contoh yang boleh diaplikasikan seperti proses pembelajaran di dalam kelas. Pemahaman amatlah penting dalam proses pembelajaran untuk memastikan bahawa ilmu yang ditimba tidak luput dek masa. Nasihat saya, fahamilah sesuatu setelah kita mengetahuinya.

Elemen penting setelah memperolehi Pengetahuan dan Pemahaman adalah Kemahiran. Kemahiran adalah sesuatu yang berbeza. Semua orang dilahirkan dengan kemahiran yang berbeza. Tiada seorang pun yang dilahirkan tanpa kemahiran. Kemahiran adalah sesuatu yang dipelajari dengan cara latihan. Kekuatan kemahiran adalah bergantung kepada bagaimana kita belajar menggunakannya secara optimum. Pengetahuan dan Pemahaman akan bersama-sama kemahiran dalam memandu insan ke jalan yang dipilih. Insan yang bermoral akan menggunakan kemahiran ke arah yang benar dalam berjasa kepada masyarakat dan negara. Kemahiran tidak melahirkan kemahiran yang sama. Ramai yang tersalah anggap hal ini. Sebagai contoh, seorang doktor yang mempunyai kemahiran merawat menyimpan cita-cita untuk mewarisi kemahiran tersebut kepada anaknya. Si anak yang tidak mempunyai kemahiran dalam merawat akan dipandu ke arah itu. Persoalannya, sejauh mana si anak mampu mengikuti laluan sedemikian? Selaku manusia yang digelar ibu bapa, mengetahui dan memahami anak anda merupakan satu kemahiran yang harus dilaksanakan. Kemahiran insan-insan adalah sesuatu yang akan memandu jalan hidup seseorang.

Pengetahuan, Pemahaman, dan Kemahiran adalah elemen penting dalam kehidupan. Elemen-elemen yang melahirkan insan yang berbeza adalah antara nikmat yang dikurniakanNya. Bayangkan betapa sukarnya kehidupan arkitek andai tiada buruh, doktor yang tiada jururawat, peniaga tanpa pembeli dan sebagainya. Kehidupan yang berbeza kemahiran akan melahirkan satu kemahiran baru iaitu KEMAHIRAN BERSEPADU. Kesemua kemahiran ini harus saling menghormati dalam mengekalkan perpaduan masyarakat dan negara. Belajarlah ilmu pengetahuan untuk difahami bagi melahirkan kemahiran yang bakal menentukan masa depan negara.

3 comments:

white umbrella said...

wow! skemanye ayat!
Skemanye tajuk!
but very informative
cr la tjk light sket.....
yg ble merilexkn minda..
ni btol2 bwat ak brfikir ni..
kira brsesuaian la dgn label dy..

Ms.Najaa said...

whahaha...
mmg kne ngan tjk maa...
ok,ok..
tp..
ni nk jd pkr motivasi kew???

Ms.Najaa said...

topik ny...
hmm..
too complex..
pnin..
tp..
de isi..
ok
bg r bdk2 sklh bce..

Selamat Melayari Laman Horsion. Sila klik pada tajuk artikel bagi membaca lanjutan artikel. Mohon kerjasama para pembaca agar meninggalkan komen atau pandangan bagi tujuan peningkatan mutu artikel akan datang. Terima Kasih
.:: THIS BLOG IS UNDER MAINTAINANCE ::.