Ads 468x60px

Tuesday, March 1, 2011

Jom Rebus Buku Kita ...

Ada seorang si Fulan yang tidak pernah terbuka hatinya untuk menuntut ilmu. Malah keupayaannya untuk menghafal amatlah kurang .. Sesungguhnya, dia benar-benar teringin untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin . Dia juga bertekad untuk menjadi tahfiz .. Dan kini, dia menjumpai suatu cara yang mudah ... 
Si Fulan ini merebus senaskah Tafsir ke dalam 1 liter air mineral dengan harapan, beliau mampu menghafaz semua ayat-ayat Al-Quran beserta terjemahannya. Selepas setengah jam, Si Fulan ini meminum semua air rebusannya . Akibat meminum air rebusan ini, Si Fulan tersebut pitam selama 3 hari ... Selepas 3 hari , adakah anda tahu apa yang terjadi pada si Fulan tersebut ??? Si Fulan tersebut tidak dapat mengingati apa sahaja , termasuk dirinya . Ingatan yang kekal dipinta, namun akhirnya semuanya hilang . Mengapa ini terjadi ?

Sebelum kita mengetahui sebabnya, mari kita mengimbau kembali sejarah kelahiran ILMU ini . Ilmu ini merupakan satu pengetahuan yang tiada batasan . Ilmu datangnya dari Allah, malah tersangat luas hinggakan tiada siapa yang mampu mengukurnya. Sesungguhnya, apa sahaj yang kita pelajari di kelas merupakan pecahan ilmu yang sangat sedikit. 

Tentu ramai pernah mendengar kisah seekor burung yang meminum air di lautan . Air laut yang diminum oleh burung tersebut merupakan tahap tertinggi ilmu kita, sedangkan air lautan yang terbentang luas merupakan Ilmu Allah . Marilah kita renungkan, betapa kerdilnya diri kita di sisi Allah ..

Untuk meminta Ilmu, apakah cara pinta dalam usaha mendapatkannya ? Jangan risau, semuanya mempunyai jalan pintas tanpa kita sedari. Ramai yang menganggap, memasuki kuliah dan membuat tutorial merupakan cara pintas dan terbaik untuk mendapatkan dan memahirkan ilmu pengetahuan. Namun hakikatnya, ianya masih sukar kerana kita tidak mencapai keputusan yang cemerlang. 

Cara pintas untuk menerima ilmu pengetahuan adalah mudah . Kita harus berdoa terlebih dahulu sebelum belajar. Ilmu datangnya dari Allah, maka kita harus meminta pada Allah agar dikurniakan sedikit Ilmu tersebut .. Sebaik sahaja berdoa, hendaklah kita menuntut Ilmu tersebut dengan hati yang ikhlas. buka hati kita seluas-luasnya untuk menerima Ilmu tersebut. Bertanyalah kepada yang mahir walaupun siapa pun dia .

Setelah itu, kita harus mengulangkaji dan membuat latihan megikut keupayaan diri kita ..Jangan memaksa diri kita untuk membuat sesuatu yang melebihi kemampuan kita .. Sesungguhnya ianya akan membuat diri kita menjadi terus dibebani dengan psikology .. Beri ruang kepada diri kita untuk berehat . Membuat latihan secara istiqamah lebih baik dari membuat seribu soalan sehari . Renung-renungkan ya ...




Ada yang berkata, merebus buku mampu membuat kita berkemampuan dalam mendalami ilmu tersebut. Ada sesiapa yang berani berbuat sedemikian ?? Jika anda ingin merebus buku sedemikian, jangan lupa untuk memasukkan beberapa bahan-bahan lain seperti kalkulator agar kita cekap mengira tanpa melakukan kesalahan, broadband agar kita mengetahui segala maklumat terkini, kamera agar kita dapat merakam setiap saat hidup kita dan sebagainya ... Bukankah diri kita akan menjadi seorang individu yang lengkap ?



Frasa meminum air rebusan itu merupakan satu simbolik kepada kita agar kita kene berusaha .. Meminum air rebusan sudah pastinya tidak memberi kesan kepada minda kita, sebaliknya memberi kesan kepada fizikal kita sama ada kesan buruk ataupun hilang haus ketika itu.. =)



Kesimpulannya, dalam usaha menuntut ilmu, hanya perlu mengamalkan beberapa formula sahaja. Formulanya ialah Berdoa kepada Allah, Menuntut dengan hati yang ikhlas, terus berusaha sedaya upaya, dan tidak kedekut ilmu .. Itulah jalan pintas dalam usaha menuntut ilmu .. Ingatlah , ilmu yang dipohon datangnya dari Allah, jadi harus meminta daripadaNya .. Semoga berjaya buat semua pembaca dalam usaha menimba ilmu ..

No comments:

Selamat Melayari Laman Horsion. Sila klik pada tajuk artikel bagi membaca lanjutan artikel. Mohon kerjasama para pembaca agar meninggalkan komen atau pandangan bagi tujuan peningkatan mutu artikel akan datang. Terima Kasih
.:: THIS BLOG IS UNDER MAINTAINANCE ::.