Ads 468x60px

Wednesday, August 11, 2010

Cabaran RM10 SeRamadhan

Salam semua, Salam Ramadhan, Salam 1Malaysia, Salam Ukhuwah...
Tentu ramai yang tiba-tiba mendapat posting mengenai Cabaran RM10 SeRamadhan.. Posting tersebut berbunyi begini "Cabaran Ramadhan : Penggunaan RM10 sepanjang bulan Ramadhan... Siapa berani sahut cabaran??? Hanya menggunakan kredit sebanyak RM10 sepanjang bulan Ramadhan... Kelebihannya ialah menahan diri dari bercakap benda lagha, mengurangkan maksiat hati, meningkatkan kesabaran dalam menghubungi orang tersayang, melatih dalam perbelanjaan penggunaan kredit bulanan telefon... Para peserta, sila jujur ye... " huhu... kalau kalian baca kuat-kuat, maka kalian dapat mendengarnya...


Cabaran ni bukan untuk menyeksa sesiapa. Tetapi sekadar mengajak sahabat semua dalam berfikir sejenak. Kita boleh menahan diri dari makan, minum, melihat aurat yang tak sepatutnya dan sebagainya. Tapi pernah tak kita terpikir bahawa kita sering terlupa bahawa kita sukar menahan diri dalam penggunaan telefin bimbit. Selaku pelajar, kita terikat dengan penggunaan telefon bimbit. Bayangkan, wang perbelanjaan kita sering habiskan untuk  perbualan yang kurang penting. Tidak dinafikan bahawa ada yang menggunakan telefon bimbit untuk kegunaan penting. Namun peratusannya hanya sedikit.


Cabaran ini turut mengajar kita agar berhati-hati dalam penggunaan telefon bimbit. Tahukah kalian bahawa penggunaan telefon bimbit yang berleluasa menyebabkan kanser otak? Pada peringkat remaja, ketika sel-sel otak hendak "membiak" dan "mengembang", seharusnya otak berada dalam keadaan tenteram. Namun, penggunaan telefon timbit telah menyebabkan beberapa gangguan dalam proses sedemikian. Penggunaan telefon bimbit yang terlalu lama (turut dikenali sebagai bergayut) meningkatkan kadar peratusan dalam gangguan tersebut. Hal ini boleh dianalogikan melalui televisyen. Sekiranya kita meletakkan telefon bimbit yang menerima isyarat panggilan, maka siaran televisyen akan menjadi kabur. Hal sedemikian turut berlaku dalam diri kita. Otak turut berfungsi dalam menganalisis frekuensi yang diterima melalui mata dan telinga. Gangguan pancaran telefon bimbit akan menyebabkan mata semakin kabur dan telinga semakin sayup.

Pada 20 April 2009 , seorang pekerja swasta, 18 tahun telah mengalami gejala yang memeritkan dirinya. Remaja tersebut dikhabarkan sering menggunakan telefon bimbit dalam tempoh yang lama. Justeru, remaja tersebut mengalami kesakitan pada telinganya dalam tempoh yang lama. Kejadian yang berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan itu tidak disedari oleh penghuni lain ketika itu. Kesakitan yang dialami berlarutan dalam tempoh yang lama. Kesannya, remaja tersebut kini tidak dapat mendengar dengan jelas dan sering tersalah fakta selain mempunyai masalah penglihatan yang kurang memuaskan. Peliknya, ketika menjalani pemeriksaan, keadaan remaja itu disahkan stabil dan matanya tidak mempunyai masalah yang teruk. Namun hakikatnya, penglihatan remaja tersebut semakin kabur dan menyebabkan kehadiran penyakit lain seperti pening kepala dan kepala berat.

Selain itu, menurut faktor ekonominya, pelajar dapat menilai sendiri betapa pentingnya telefon bimbit dan cara untuk mengendalikannya. Penilaian yang dilakukan oleh pelajar tersebut seharusnya direnungkan sejenak. Sekiranya para peserta ingin mendalami cabaran ini, maka banyak perkara di ambil kira sebelum menggunakan telefon bimbit seperti kepentingan maklumat / mesej, pemilihan dalam penggunaan mode telefon atau mesej, penyusunan ayat-ayat yang padat dan jelas serta sebagainya. Faktor-faktor sedemikian merupakan faktor penting dalam mempengaruhi penggunaan kredit bulanan pelajar. Sesetengah pelajar sering menggunakan telefon untuk berkomunikasi dalam hal yang tidak penting melalui penggunaan mode telefon. Seharusnya pelajartersebut boleh menggunakan mode mesej kerana lebih jimat dan adalah tidak penting sekiranya tidak mendapat sambutan. Sebahagian pelajar turut menggunakan penggunaan bahasa yang terlampau lagha. Lagha membawa maksud melekakan. Perkara yang lagha sering berpanjangan dan berlarutan. Penggunaan teks atau panggilan yang terbaik diibaratkan seperti tebu yang matang. Tebu yang matang mempunyai ruang yang terhad. Namun, ruang terhad tersebut tidak menjadi batasan dalam menyimpan kandungan gula yang banyak. Jika diaplikasikan dalam penggunaan telefon, ruang mesej adalah dihadkan kepada 160 aksara bagi setiap satu mesej. Ruang 160 aksara tersebut adalah mencukupi dalam menyimpan mesej yang tidak mempunyai perkara lagha.

Justeru, dapat disimpulkan bahawa cabaran RM10 SeRamadhan turut mempunyai kebaikan dari segi amalan hariab, kekuatan rohani, ekonomi harian, kesihatan dan sebagainya. Mohon agar kerjasama bagi peserta agar menyebarkan pada sahabat handai yang lain. Sekian, selamat maju jaya, Selamat Menyambut Ramadhan yang diberkati, Salam 1Malaysia dan Selamat menyahut cabaran RM10 SeRamadhan...

P/S : Cabaran ini hanya terbuka untuk semua remaja, jadi jangan disebarkan pada warga dewasa dan warga emas ye... 

1 comment:

Leena said...

to me ... this is imposible !!!!

Selamat Melayari Laman Horsion. Sila klik pada tajuk artikel bagi membaca lanjutan artikel. Mohon kerjasama para pembaca agar meninggalkan komen atau pandangan bagi tujuan peningkatan mutu artikel akan datang. Terima Kasih
.:: THIS BLOG IS UNDER MAINTAINANCE ::.