Ads 468x60px

Saturday, January 9, 2010

Pengertian Horsion

Kehidupan kita di dunia ini tidak terlepas dari sikap memberi dan menerima pertolongan antara hidupan. Setiap kali berlakunya kelahiran, maka berlakunya satu perhubungan pertolongan dalam kalangan hidupan. Semua ini pasti akan berlaku dan tidak akan terlepas dalam kehidupan seharian kerana ini adalah lumrah hidupan untuk hidup saling tolong menolong.


Mengapa dengan perkataan hidupan? Semua ciptaan-Nya mempunyai hubungan yang erat sesama sendiri. Kita boleh mengambil singa sebagai contoh. Singa merupakan haiwan kanivor seperti yang diketahui umum. Ramai hidupan termasuk manusia sendiri merasa takut kepada singa. Mengapa singa dan seumpamanya dicipta? Bayangkan seandainya mereka tidak dilahirkan dalam dunia ini, maka kijang dan haiwan herbivor lain akan merajai dunia ini. Maka haiwan herbivor akan memakan semua rumput dan tumbuhan-tumbuhan lain sehingga habis. Seperti yang diketahui umum, tumbuhan hijau memainkan peranan yang sangat penting dalam menjana bekalan oksigen untuk hidupan. Dalam mengekalkan keseimbangan alam, maka haiwan karnivor seumpama singa dicipta untuk menstabilkan ekosistem dunia ini.


Pada zaman dahulu, pengembara dan pedagang berpandukan cahaya matahari dalam menentukan arah perjalanan. Matahari akan terbit dari timur dan terbenam di barat. Sehubungan itu, pengembara sendiri tidak mempunyai masalah dalam menentukan arah ketika waktu siang.



Bagaimana pula malam? Adakah mereka sering tidur ketika waktu malam sedangkan perjalanan mengambil masa puluhan kilometer? Dengan kebijaksanaanNya, maka gugusan bintang dicipta. Bintang berperanan sebagai cermin yang memantulkan cahaya matahari ketika waktu malam. Sebutir bintang sahaja tidak cukup untuk menolong perjalanan pengembara yang sering dahaga ilmu pengetahuan. Maka puluhan juta bintang bekerjasama membentuk sesuatu bentuk unik bagi menunjukkan arah pada waktu malam. Bentuk unik puluhan juta bintang ini dikenali Horoskop. Horoskop tidak dibentuk dalam satu bentuk sahaja. Sebenarnya Horoskop mempunyai bentuk yang pelbagai tanpa dapat dihitung. Dalam usaha menolong masyarakat akan datang, maka ahli sains athens dari greek telah merasmikan hanya 12 Horoskop sahaja iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius,Capricorn, Aquarius, dan Pisces.







Horoskop yang bergabung ini merupakan satu inspirasi simbol kerjasama dan bantu membantu dalam masyarakat kita. Maka HORSION ( HORoskop fuSION ) merupakan nama yang terbaik telah dipilih dalam mendalami satu semangat perpaduan dan kerjasama sesama hidupan. Manusia sering kali menganggap bahawa mereka yang menguasai dunia ini dek akal hingga lupa bahawasanya hidupan lain mempunyai peranan penting dalam dunia ini. Malahan hidupan lain juga turut membantu manusia dalam mentadbir bumi ini. Selaku hidupan terbaik yang dicipta dengan anugerah akal yang tidak mempunyai batasan, adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk manusia sendiri untuk menggunakan akal yang diberi itu dalam mentadbir bumi ini sebaiknya. Elakkan kemusnahan, peperangan, perpecahan perpaduan sesama manusia. Fikirkan bahawa hidupan lain tidak mempunyai akal dapat menjalani kehidupan tanpa membawa kemusnahan. Adakah akal yang dikurniakan itu untuk membawa ke arah kemusnahan? Adakah kiamat yang bakal berlaku tidak lama lagi berpunca dari akal kita? Tidak dinafikan bahawa kita ingin mempertahankan negara kita demi masyarakat kita. Adakah kita turut lupa bahawa bumi ini adalah hak kita semua? Adakah menjadi kesalahan bagi kita untuk menggunakan akal dan bersama-sama membentuk perpaduan sejurus ke arah matlamat yang sama iaitu menjaga ekosistem untuk masa depan bumi dan generasi seterusnya? Persoalan ini dtinggalkan untuk pembaca yang bakal memilih untuk melahirkan barisan tentera untuk menghancurkan bumi ini atau khalifah yang berwibawa dan berkaliber untuk mentadbir bumi ini dengan penuh keamanan dan perpaduan.





No comments:

Selamat Melayari Laman Horsion. Sila klik pada tajuk artikel bagi membaca lanjutan artikel. Mohon kerjasama para pembaca agar meninggalkan komen atau pandangan bagi tujuan peningkatan mutu artikel akan datang. Terima Kasih
.:: THIS BLOG IS UNDER MAINTAINANCE ::.