Ads 468x60px

Wednesday, January 13, 2010

6 Langkah Menyegarkan Hubungan

Manusia dicipta secara berpasangan bagi menunjukkan kekuasaanNya dalam menguji hambaNya. Meskipun begitu, pasangan tersebut harus melalui proses perkahwinan bagi membentuk hubungan yang diredhaiNya. Proses yang mudah sedemikian sering diambil mudah oleh masyarakat kini. Jalan pantas yang dipilih sering kali mengundang bencana kepada masyarakat sekalian. Isu pada kali ini adalah mengenai menjaga hubungan perkahwinan yang telah dilaksanakan. Menjaga hubungan rumah tangga merupakan asas dalam menjaga keharmonian masyarakat sejagat.

Tidak dinafikan bahawasanya dalam melalui kehidupan berumah tangga, pasangan akan mengalami saat-saat penyesalan, kerungsingan, kekecewaan dan sebagainya. Perasaan sedemikian adalah dianggap normal kerana kebahagiaan rumah tangga sebenarnya musuh iblis. Iblis sering meniup perasaan negatif bagi merobohkan bahtera perkahwinan yang gah. Sekiranya anda melalui saat-saat negatif sedemikian, berfikir secara rasional sebelum bertindak terburu-buru. Saya ingin berkongsi enam (6) langkah bagi menyegarkan hubungan rumah tangga.


Ubah Panggilan
Tidak salah seandainya kita memanggil pasangan kita dengan panggilan baru yang jauh lebih manja. Mengubah panggilan akan menarik perhatian pasangan kita. Tidak dinafikan bahawa mereka akan membalas tuba ke arah kita dengan 'beranggapan' bahawa kita sedang buang tabiat. Bersabarlah kerana mereka ingin membalas  'kemanjaan' kita dengan cara 'ego'. Teruskan memanggilnya dengan penuh perasaan hormat kepadanya. Mengubah panggilan tidak bererti kita mengubah perasaan hormat kita kepada pasangan kita. Awas, mengubah panggilan kepada panggilan kasar akan membuatkan mereka lebih benci kepada kita. Disarankan bahawa kita menggunakan panggilan memori zaman percintaan dahulu bagi mengimbau kenangan bahagia lalu.

Mengambil Cuti
Bagi pasangan yang bekerjaya, harus ingat bahawa kerjaya anda merupakan antara cabaran dalam hubungan anda. Luangkan masa bersama mereka dan anak-anak dengan cara mengambil cuti. Tunjukkan pengorbanan anda kepada mereka agar mereka dapat melihat kasih sayang yang anda berikan. Selain merapatkan hubungan sesama keluarga, bercuti juga turut meningkatkan produktiviti kita dalam kerjaya. Bercutilah bersama keluarga yang tersayang kerana anda akan sentiasa ceria apabila kembali bekerja kelak.

Keluar Berdua
Anda rasa bahawa bercuti amat melecehkan? Luangkan masa hujung minggu anda bersama keluarga. Bawalah mereka ke tempat yang booleh merehatkan minda dan fizikal. Jika berkemampuan, bawalah keluarga ke tempat kenangan percintaan dahulu. Berceritalah kembali kisah bahagia pada waktu itu. Jika bersama anak-anak, berikan mereka perasaan gembira dengan kisah lampau. Melalui cara sedemikian, satu perasaan sayang dan hormat akan timbul lalu mengukuhkan kembali ikatan kekeluarga.

to be continued

2 comments:

Ms.Najaa said...

whahaha...
ok2..
bg org yg da kawen jep bce..
hehe..

white umbrella said...

a bit melangkaui masa ko la...
ckp cm dr pengalaman eh..

Selamat Melayari Laman Horsion. Sila klik pada tajuk artikel bagi membaca lanjutan artikel. Mohon kerjasama para pembaca agar meninggalkan komen atau pandangan bagi tujuan peningkatan mutu artikel akan datang. Terima Kasih
.:: THIS BLOG IS UNDER MAINTAINANCE ::.